Pada tanggal 21 Julai 2012 daku menghantar sms mengucapkan Selamat Berpuasa pada hamba Allah yang dah lama tidak ku hubungi begitu juga dirinya...mungkin kerana rajuk ku yang agak lama....alhamdulillah sms daku dibalas dengan baik dan kami berbalas sms dan dia menghubungi daku kerana tidak puashati siapakah gerangan diriku...pada tanggal dua hari berpuasa dan jatuh pada 22 Julai 2012 itulah kenangan kami bersua kembali dan dia masih mengenali suara daku...dia boleh cam suara daku bila dia memohon daku mengulangi perkataan yang ku ucapkan dan kami berbual dengan rancak sekali tetapi alangkah sedihnya mengapa daku tidak menjawab panggilan dia semalam? Dan mengapa daku tidak menghantar sms padanya sebelum ini....adakah seperti lagu PENANTIAN ITU HANYALAH SIA-SIA? Daku sungguh terharu bila dia menyatakan CANTIK, bila daku menyatakan yang daku diarahkan bertugas ke Johor...apakah maksudnya dengan perkataan CANTIK tersebut? Hanya Allah akan menjawabnya bagiku...seminggu dia akan belayar demi menjalankan tugasannya pada negara...adakah ini dinamakan jodoh? Sambil mengarang karya daku, daku mendengar lagu "SESAAT KAU DATANG"....adakah ia akan berlaku sebegitu?
Yes Allah is always with me...tapi untuk mengharungi Ujian dan Dugaan Allah kadang-kadang ku tak mampu....mengapa perasaan daku merasa rindu dan mengapa daku tidak sabar menanti sms atau call daripadanya? Adakah itu namanya CINTA? Ohhhhhh tidak! Tidak mungkin...
Hari ini tanggal 23 Julai 2012, daku masih tercari-cari apa sebenarnya...apa sebenarnya akan berlaku di atas sebuah persahabatan ini...daku akan di tukarkan ke Johor samada menerimanya atau ingin bertugas semula di Brunei...adakah dia mencintai daku???? Tak mungkin!!!! Jawapan itu selalu bermain-main di benak hatiku...Sehingga hari ini telah masuk 7 Ramadhan dan bersamaan dengan 27 Julai 2012, masih menantikan sms dan panggilan daripadanya tapi masih belum lagi...adakah daku sahaja yang terhegeh-hegeh dan sahaja yang syok sendiri?
No comments:
Post a Comment